i promise i will be your sweet moments in life , i will never know others men except you .. N.A.S

Tuesday 23 April 2013

lawak untuk sahabat , kekasih and so on ..

1)
siti: mak , tadi alan ngan amir usik siti , diorang suruh siti panjat pokok kelapa sebab na tengok spender siti
mak: geram betul aku budak budak ni , habis kau panjat ke ?
siti: mak jangan risau , siti memang panjat , tapi siti ta pakai spenda harini ..
mak @@@@#####$$$$%%%%
2)3 orang murid menceritakan tentang kehebatan atuk masing masing
murid 1:atuk aku pernah jinakkan harimau dan ambik taring harimau dan diframenya
murid 2 : takdela hebat mana , atuk aku pernah mendaki gunung kinabalu dalam satu hari tanpa minum air
murid 3 : ko taw laut mati ? atuk aku yang bunuh *sambil bangun dan biarkan rakan rakannya..

Sunday 21 April 2013

kek karamel versi ashekin shuhada

psssst , salam .. sebenanya resepi ini diambil dari blog kak azlita aziz . perghhh gempak kot blog dia . aku rasa na masak sume bende yg ada kat lam blog tu .. okay based on the title , chewah speakang plak aku .. okay , kek karamel . sumpah sedap gile okay ..
tengok la resepi n step by step di bawah . ada gambo lagi ..
mula mula , yang gula 2 sudu tu panaskan atas loyang korang na bakar kek .. bila dia da cair korang bole ketepikan
karamel
campurkan 70 gram gula halus tadi denganseparuh tin susu cair .. dlm mangkuk berlainan cmpurkn telur kuning 3 biji ngn 3 titis esen vanilla..
pastu campurkn kedua dua dan kacau sampai sebati ,, tuangkan kat dalam loyang yang ada gula keras tadi .. (ta payah gris taw loyang tu)
cara buat keknya pula
satukan kuning telur 3 biji , minyak dan air .. pukul sampai naik buih dan masukkan gula 70 gram .. tutup mixer dengan gunakan kaedah kaup balik bubuh tepung dalam adunan tadi ..
dalam bekas yang berasingan masukkan putih telur dan pukul dengan kelajuan tinggi sampai jadi macam ni pastu masukkan gula
pastu , yang adunan ada tepung tu korang amek meringue skit pastu masuk dalam dia n kacau kemudian korang amik adunan tepung yang ada meringue tu korag bubuh la dalam baki meringue dan kacau sampai sebati .. dan dah sebati ek ?? bahagi pada dua bekas ataw berapa banyak warna korang na buat , contoh 3 warna asingkan jadi 3 bekas .. pastu setiap bekas tu korang bubuh la pewarna camni korang kacau sampai die jadi warna yang korang na .. okay da siap ke ??
ingat ta bekas ade karamel tadi ?? amik bekas tu dan bubuhkan adunan kek berselang seli camni
pastu da siap korang akan tengok yang karamel kat bawah tu ta bercampur dengan adunan kek da siap ...
na bakar ek ? hehe , pakai kaedah steam bath .. caranya , kita letak sebekas air di bawah loyang kek ni .. contoh lagiii
aku letak acuan besi ni tujuannya tana bagi bekas kek tadi termasuk dalam air .. pastu letak la kek korang , preheat kan oven 170 degree n masukkan kek korang . bakar selama sejam . pastikan air sentiasa ada untuk mengelakkan kek pecah ha , dalam sejam ni rerajin le pg kmas balik korang buat kek ni tadi . hehehe ..
da masak ? sabo lee , tunggu dia lekang sendiri dari loyang .. baru cantikk
da siappp ..

Sunday 24 March 2013

support la sikit :)

salam , today na smbg pasal present , so , brthdy die 27.03.2013 .. aku cadang na bli jam , then saat akhir baru aku tringat aku da order kat akak q sha tu na prfume , aku ni racist skit la aku rasa , cos aku akan bli kat pniaga mlayu , bukan apa , pada aku , kalau hang orang mlayu buat apa hang na mngkaya kan bangsa lain , bagi la bangsa kita senang skit kan , yang malas tu ta ya la lyn , ni yg style btoi btoi na mniaga , support skit , bangsa hang , ni bria bangga bli kat luar ngara , sdangkan bangsa kita skarang da ada macam macam kmahiran taw , hang na makan kek fondan ke ape ke , smua org mlayu kita da bole buat , tapi yang mniaga pon , mniaga la elok elok , ni muka pon masam je , dari org na bantu lgsg org dapat dosa sbb kutuk depe sombong . hahaha . k , da la .. pnat tgn aku mnaip . k bye bye ..k , jadi support la bangsa kita , sapa lagi yang na support diorang kalau bukan kita , bangsa mlayu sendiri

Tuesday 19 March 2013

bride to be ??

assalammualaikum , okay , entry kali ni pasal na kahwin . tu la aku ni , sibok tgok segmen kalau dah jodoh ustaz kazim tu , skarang , aku yg gatai beno na kawin .. hehe ..
aku akan bertunang , dijangka bulan nam ni . fuhhh , memang takut . aku rasa aku muda lagi . tapi bialah , hehe ..
untuk blan 4 ni , aku akan step by step bli barang hantaran . time kasih encik sayang , bg dana kite bli barang kamu . hehe ..
so , my mother cakap . kaler hantaran aku untuk die adalah MERAH HITAM SILVER .. mak !! trio skali kot , aku da tgok internet , jd ade la beberapa hantaran yang aku berkenan ..
cantik kan ?? hehe , 

Wednesday 13 March 2013

happy befday mama !!

assalamualaikum , da lama ta tulis .. entry hari ni berkenaan dgan bufday mama ku yang tersinta dan tercayang ..
aku ta berapa na ade duit dgan cik sayang , jadi kami hanya bli watch for mama , harap die suka ..
kitorang bg jam tgn , yang lawaknya kawan mama bagi kipas angin , bukan kipas meja tu tapi kipas tggi .. lawak la cik mat nor ni ..okay , mak aku memang senyum je , die cakap kitorang ingat harijadi die , ma , anak derhaka pon ingat la , inikan plak anak mithali macam kitorang ni .. puiii . hehe .. hurmmm , jadi , aku trasa macam na buat kek butter , tapi na wat special skit .. kek sedang di bakar .. hehe karang na wat decoration skit . hehe

Tuesday 5 March 2013

LAHAD DATU ..

okay , assalammualaikom ,
sumpah , dalam minggu ni , bila tgok je berita tv 3 , rasa sedih sangat , aku na nangis kot ,
pencerobohan sultan sulu di Lahad Datu , apa semua ni , langsung ta dijangka , aku ta taw la apa akan jadi pada malaysia ,
siapa DALANG di sebalik semua ni , memang segala bangsat anjing petualang negara , kau takkan selamat di dunia milik Allah ni dan kau Takkan terlepas di Akhirat sana ,, berapa banyak lagi nyawa ATM dan PDRM perlu diambil perlu digadaikan ,, kepada manusia atau rakyat malaysia yang bodoh still nak cakap ini permainan politik , kau memang bangang , apa yang na dipolitikkin , nyawa orang ? tanah melayu ? kau fikirlah sendiri siapa yang sanggup buat macam tu kalau bukan dia , dia si bangsat negara , menjatuhkan negara di mata antarabangsa dengan pelbagai cubaan ..
TAHNIAH , KAU BERJAYA MEMBUNUH INSAN LAIN DENGAN KEJAHATAN KAU ..
semoga roh wira negara kita akan sentiasa di cucuri rahmat , kami sentiasa mengenang jasamu mempertahankan negara , al fatihah kepada mereka .. marilah mendoakan kesejahteraan negara .

Monday 11 February 2013

langkawi oo hometown :)

okay :) i just arrived from langkawi-kuala perlis-sg petani-butterworth-ipoh ..
finally , sampai jugak ku di rumah , lega sangat ..
aku blik langkawi pon sebabb pak ngah baru je mninggal . al-fatihah
tapi , aku ni p mrayap plak , ta bole la mrayap macam slalu , dapat klua pon skjp skjp je ..jadi hari first smpai memang aku ngan cik sayang lapa sangat ..jadi , aku p la makan kat kuah , aku makan mee kari ngn laksa . sumpah ta best die masak ..
pastu , hari second ta klua sbab ade kenduri tahlil
so , pastu aku sok nye baru aku kua dengan kakak aku yang baru sampai dengan tunang die , kitorang pegi pantai chenang yang permai :)
kami ni asyik makan ja , takdak gheja laen dah .. hehe
hehe .

Monday 4 February 2013

PBS pengajian am tingkatan 6 atas ..

BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pencapaian perkhidmatan yang cemerlang dan selesa merupakan tonggak penting kepada pelanggan atau pengguna sewaktu menjamu selera di Medan Selera di Pasaraya Besar Mydin.Sekali gus,memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan adanya perkhidmatan yang baik.Perkhidmatan merupakan perkara yang sangat penting kepada pelanggan atau pengguna yang sentiasa menjadikan medan selera sebagai pilihan untuk menjamu selera setelah membeli belah. Perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan dan komitmen peniaga dalam menyempurnakan penyampaian produk dengan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya melebihi daripada tahap yang mereka harapkan, serta ianya diadakan secara berterusan dan konsisten .
Pelanggan atau lebih mudah dikenali sebagai pengguna lebih merasa senang makan di kawasan medan selera pasar raya kerana adanya perkhidmatan seperti ini :
a)Kawasan yang bersih dan ceria , dapat membuka selera pengguna dan membuatkan mereka merasa selesa untuk menikmati hidangan mereka dengan tenang .
b)Perkhidmatan mesra pelanggan , para peniaga Medan Selera sentiasa memaniskan muka di hadapan pelanggan untuk memastikan keberlangsungan pelanggan .
c)Kebersihan juga penting untuk menyediakan makanan yang bersih dan persekitaran kesihatan yang lebih terjamin . .
1.2 Isu
Isu-isu tentang masa kini yang dialami oleh para pelanggan yang menikmati hidangan di Medan Selera Pasar Raya adalah tahap kebersihan yang tidak memuaskan yang menerbitkan perasaan tidak selesa terhadap para pelanggan . Para peniaga juga tidak mengenakan kod etika pakaian penyedia makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia . Contohnya , para peniaga ini tidak mengenakan topi atau tudung sebagai penutup kepala , tidak memakai kasut yang bertutup , tidak memakai apron . Bukan itu sahaja , ada segelintir peniaga yang tidak mengendahkan kebersihan diri dengan membiarkan kuku yang panjang dan kotor serta tidak mencuci tangan selepas kembali dari tandas .
Para peniaga juga tidak melayan pelanggan dengan baik/mesra . Mereka tidak gemar senyum dan membuat muka masam . Kadangkala , ada peniaga yang bertutur secara kasar dengan pelanggan akibat keletihan . Hal ini menyebabkan para pelanggan tidak menggemari medan selera . Kerana segelintir peniaga yang bersifat sebegini ,para pelanggan sentiasa memandang medan selera adalah kawasan yang teruk untuk menjamu selera .
Isu terakhir yang saya perhatikan ialah harga yang tidak berpatutan dengan kualiti serta kuantiti makanan . Para peniaga hanya mahu mengaut keuntungan kerana tidak ramai yang ingin menikmati makanan di medan selera pasar raya .Contohnya , segelas air Milo Ais dikenakan hamper RM 3 di kawasan Medan Selera . Jika kita menikmati hidangan di warung , Milo Ais hanya boleh didapati dengan harga RM 1.80 .
1.3 Latar belakang kajian
Medan Selera Mydin RTC Gopeng mula beroperasi pada 15.12.2012 . Pembukaan RTC Gopeng dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak . RTC Gopeng akan memberi faedah kepada ribuan penduduk luar bandar dalam lingkungan 100km dari Gopeng kerana mereka tidak perlu lagi ke bandar-bandar utama untuk berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan atau untuk mencari peluang pekerjaan, menimba ilmu keusahawanan, mempercekap kemahiran dan meningkatkan pendapatan. RTC yang menggunakan slogan "Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan" menyediakan kemudahan di bawah satu bumbung untuk penduduk luar bandar. Ia menjadi pusat integrasi perkhidmatan meliputi sektor penting seperti perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, pusat pengumpulan dan pemprosesan, latihan dan kemahiran, klinik dan ruang niaga. RTC juga adalah untuk kegunaan keluarga kerana pelbagai khidmat dan kemudahan untuk keluarga luar bandar disediakan di situ. RTC Gopeng disasarkan menjadi perintis kepada RTC lain di seluruh negara — RTC Kota Baharu (Kelantan) yang sudah mula beroperasi, RTC Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nanas (Johor) yang bakal dibuka kemudian. Setiap RTC tidak menawarkan khidmat yang sama. Ia bergantung kepada lokasi dan kesesuaiannya.
1.4 Permasalahan kajian
Kajian ini dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pengkaji sendiri , yang pernah berhadapan dengan masalah yang disenaraikan . Para peniaga mempunyai banyak masalah yang harus dibawa ke meja pengurusan perkhidmatan pelanggan .
1.5 Batasan kajian
Kawasan yang dikaji oleh saya ialah sebuah pusat luar Bandar atau lebih dikenali sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar iaitu di bahagian Gopeng . Kawasan ini mempunyai bilangan penduduk lebih kurang 100 000 orang yang tinggal berhampiran kawasan ini untuk dijadikan bantuan kajian .
Antara contoh-contoh responden adalah:
a) Kaum atau masyarakat yang berbagai b) Peringkat umur yang umum c) Tidak mengira jantina d) Pengalaman makan di Medan Selera
1.6 Definisi atau konsep
Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Peniaga Medan Selera RTC Gopeng
1.6.1 Kepuasan Pelanggan
Banyak pakar yang mendefinisikan mengenai kepuasan pelanggan. Day (Tse dan Wilton, 1988) menyatakan bahawa kepuasan atau ketidakpuasan pelanggan adalah respon pelanggan terhadap penilaian ketidaksesuaian / diskonfirmasi yang dirasakan antara harapan sebelumnya (atau norma prestasi yang lain) dan prestasi sebenar dari produk yang dirasakan selepas pemakaiannya. Engel (1990) mendedahkan bahawa kepuasan pelanggan merupakan penilaian purnabeli di mana alternatif yang dipilih sekurang-kurangnya memberikan hasil yang sama atau melebihi harapan pelanggan, sedangkan ketidakpuasan timbul apabila hasil yang diperolehi tidak memenuhi harapan pelanggan. Sedangkan ahli pemasaran Kotler (1994) memberikan definisi bahawa kepuasan pelanggan adalah tingkatan perasaaan seseorang setelah membandingkan prestasi yang ia rasakan dengan harapannya.
1.6.2 Pelanggan
Pelanggan adalah orang-orang yang kegiatannya memberi dan menggunakan suatu produk,baik barang mahupun jasa,secara terus-menerus.Pelanggan atau pemakai suatu produk adalah orang-orang yang berhubungan secara langsung mahupun tidak berorganisasi dengan perusahaan-perusahaan bisnes.Ada pun pihak-pihak yang berhubungan dengan perusahaan bisnes sebelum tahap menghasilkan produk dinamakan pemasuk.Dilihat dari segi pembaikan kualiti,
1.6.3 Medan Selera
Merupakan kawasan untuk menjamu seleraa di dalam sebuah Pasar raya , Adanya Medan selera ini bertujuan memudahkan para pelanggan yang membeli belah di pasar raya tersebut . Medan selera merupakan deretan premis yang menyediakan perkhidmatan menjual dan menghidangkan makanan kepada pelanggan.
1.7 Kepentingan kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan peniaga Medan Selera Mydin RTC Gopeng .Tidak kira dari segi umur , bangsa dan kaum .
2.0 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk menilai mengenai isu tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan peniaga medan selera Mydin . memaparkan masalah yang berkaitan perkhidmatan di medan selera ini . Mengetahui perkhidmatan yang layak diperolehi pelanggan .
2.1 Kajian ini mempunyai beberapa tujuan yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
2.1.1) Tujuan am 2.1.2) Tujuan khas
2.1.1 Tujuan am
Menilai mengenai perkhidmatan di medan selera Mydin RTC Gopeng
2.1.2 Tujuan khas
a) Mengenalpasti persepsi pelanggan tentang tahap perkhidmatan peniaga medan selera Mydin RTC Gopeng
b) Menentukan tahap keberkesanan perkhidmatan yang diberi peniaga terhadap pelanggan
2.2 Soalan kajian
Kajian ini akan menjawab mengenai tahap perkhidmatan yang diberi peniaga medan selera Mydin RTC Gopeng ,soalan berikut akan dikemukakan kepada pelanggan atau pengguna yang datang mengunjungi medan selera tersebut.
a)Adakah anda berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga medan selera ini ?
b)Anda pernah menikmati hidangan di medan selera ini ?
3.0 Lokasi kajian
Lokasi kajian saya adalah di medan selera Mydin Agromall RTC Gopeng , Perak . Yang beralamat seperti berikut :
Kompleks Agribisnes Negara,, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, KM 16, Jalan Gopeng,, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia
Lokasi kajian ini dipilih kerana berdekatan dengan kediaman saya.Ini membolehkan atau memudahkan ketika kajian ingin dilakukan.Kedudukan bagi RTC Gopeng adalah di sebelah barat (kedudkan arah mata angin).Agromall Mydin RTC Gopeng beroperasi pada pukul 9 pagi hinggan 10.30 malam.Keluasan Mydin RTC Gopeng ialah 8 hektar .Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ada berhampiran dengan pusat beli-belah di Station 18 tersebut antaranya adalah:
1)Rural Transformation Centre (RTC) - Menyediakan perkhidmatan jabatan kerajaan di dalam bangunan pengurusan RTC -Menyediakan bekalan makanan mentah untuk dijual kepada rakyat di sekitar Gopeng – Simpang Pulai- Batu Gajah.
2)Pasaraya besar Mydin Muhammad -menjual semua jenis barangan yang diperlukan pelanggan dengan harga yang berpatutan . -menyediakan kawasan membeli-belah yang bersih dan selesa .
3)Kawasan halaman Agromall -menjual barangan hasil pribumi . -mempromosikan produk buatan Malaysia yang berkualiti dan mencapai tahap antarabangsa .
Lokasi kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan kajian ialah Taman Mesra Raia , Taman Seri Raia dan Kampung Tekah . Selain itu , pengguna yang tinggal di sekitar gopeng juga tidak jauh untuk mengunjungi kawasan ini kerana tempoh masa dari Gopeng ke RTC hanya mengambil masa 10 minit berbeza dengan pengguna di Simpang Pulai yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke RTC .

umno oh pkr

aku tak taw apesal aku gi berbalah dengan penyokong tegar PKR ..
tapi sumpah sakit hati sebab dia macam tak taw apeape , tapi still nak balas , die balas pon lebih kurang 30 mnit kmudian , maybe mkan mandi dulu kot .
tapi yang kurang hajar diorang ni , sebab pggl org yang sokong umno ni sebagai MACAI .
memang masalah yang dihadapi selangor sebab syabas da sebabkan penyokong PKR menuding jari kat Umno , tadi aku da bace sendiri pengakuan dari SYABAS punye web .
http://www.syabas.com.my/uploads/watercrisis2012/Booklet%20bm.pdf
.. macam macam . kenapa perlu berbalah hanya untuk menegakkan parti masingmasing .. stop it , kita tak dapat pape jika hanya bergaduh untuk menyuruh orang lain ikot cakap kite ,setiap org ade pemikiran tersendiri , kita tak taw hati orang , biarlah mereka kutu pm kita kalau itu yang membuatkan mereka merasa sangat puasa dan bahagia :)

Friday 1 February 2013

chocolate moist untuk dijual . hihi

hari ini saya jadi urusetia di jelajah anak malaysia anjuran umno bahagian gopeng . so jangan na cakap banyak , aku memang orang kuat kerajaan ..:)
aku buat la kek untuk julan
aku buat 2 , satu bekas besar satu kecil
kecil ni : RM 1.50
besar RM 5.00

Thursday 31 January 2013

pbs pengajian am .. sem 2

okey , aku da rasa na give up sangat dengan pbs ni , letih kot ..
tapi tapelah , demi ilmu , aku cuba lah buat yang terbaik ..
aku buat tajuk , ekonomi
aku amik , tajuk cenggini , kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan medan selera Pasaraya Mydin RTC Gopeng .. oke , dada aku na buat , nanti kalau aku rajin aku upload ape yang aku buat untuk kite kongsi .
actually aku yangh last skali hanta ni dalam klas . kikikiki

Monday 28 January 2013

buat duit ??

okey , aku blaja pon dari kak ana suzana , die ajar taw macam mana kite na join nuffnang , memang la , macam blogger baru macam aku kite lambat skit dapat duit , tapi kalau da sampai 2 300 org dok asyik bukak blog korang tak ke ang kaya , btol kan ?? jadi , korang try g link ni then , klua bende gini ..
http://www.nuffnang.com.my/ .. pastu isi borang then copy html pastu paste je kat layout korg .. aku tak pasti bila earn akakn dapat , mungkin bila ade org bukak iklan kot .. :) ok tata ..
na pegi buat kek jap . daa

Sunday 27 January 2013

kedai ECO 2 ringgit & Mee kari Daud Mat Jasak

hihi .. salam .. aku baru je balik ni , korang taw , hujan kot ipoh arini , nak pulak ade thaipusam tadi kat pekan , lagi berabad la aku atas jalan tadi ..
ha ni cek na habaq , tadi aku teman mak aku pegi bli barang kat kdai 2 rinngt , baru bukak kat depan balai polis simpang pulai , bole tahan ler ..
macam macam adee
korek telinga , kapas pon 2 ringgit
kepit rambut , sepit rambut suma la ..
dye rambut pon ade .. kikiki ..
balik je rumah , encik SAYANG dah tunggu kat dpan rumah ajak makan , memula na pegi kedai mee kari ami kat gopeng . ttup plak , so tros rush g ipoh sbab na makan Mee Kari Daud Mat Jasak
hehe , punye le banyak aku makan , encik SAYANG plak bagi sokongan padu suh aku melantak , lahap le aku makan , aku siap order mee kari ngan mee kicap lagi .jeng jeng jeng ..
banyak kan , padehal aku ngan encik sayang je ..
ini mee kicap aku ,
ini kueytiaw sayang ..
sedapnyoo sayang , bak skit .. hehe
inilah hasilnye . hihi

Perangai kaum hawa :)

haiii .. oke , hari ni , aku na kongsi pandangan aku terhadap perangai kaum hawa yang meluat beno awok rasee ,
1)suka menipu , contohnya perempuan ni style suka cakap belit belit sampai pening kite na denga ..awas , perempuan macam ni memang ta bole di buat kawan , sebab die boleh tarik kite skali dalam masalah die , atau , die petik kite yang aja kalau die tertangkap melaku kan kesalahan .. cth :syang , nia yang ajak i g clubbing ritu (pdehal nia tu punye la baik bapak punye )
2)perempuan yang sombong , orang puang gini dia kawan dengan org yg die rasa setaraf dgn die je , contohnye , korang dapat tgok besepah kat mall bejalan 4 5 org sume cun cun , pakai heels , bawak handbag paling koman pon guess je , hihi .. kalau kite senyum cam kerang busuk pon aku tak rasa dia nak balas balik , mmg susah na senyum n na bf yang hot je ,, aku salu doa bebudak cenggini masuk mercy g jd sukarelawan perang , baru ko taw peritnye hidop .. (cam takdo kono ngono jo eden raso . hihi) cth : i tak pakai la handbag pasar malam , gatal tangan .. = asal , ko na kisar handbag buat losyen ke pon ,,
3)perempuan yang terlampau lembut , ini aku ta rasa menjelikkan tapi rasa na lempang sebab lembut dengan LEMBAB ni satu keturunun , org buat ape pon saba je , mmg bole lembut tapi ade masa la akak oii , bukan sepanjang masa ko kne lembut ngan org , lama lama kpala ko da lumat kne pijak ngan org ,, cth : sarah gune la duit saya dulu , nanti sarah ade duit sarah bagi balik k .. =kompom sarah selalu wat taktik tu ..
4)perempuan yang suka mempamerkan kecantikan diri.. selalu merasa megah akan kecantikan yang dikurniakan illahi . menjadi kan bentuk badan yang cantik untuk menarik perhatian kaum adam ,pastu kene rogol , nangis , report polis , cube ko tutup betol betol aurat ko , laki pon fikir 3 4 kali na rogol ..
da la kot aku rasa , nanti aku cite lagi bile ade masa . hihi ini adalah untuk pembacaan semasa lapang .. tiada kene mengena dengan sesiapa dalam dunia .. k daaa ..

Friday 25 January 2013

JIWA RAGA SAYA :)

saya sayang bucuk sampai mati .. walaupon ade orang paksa suruh syg die , saya tetap sayang b .. orang tu kaya , hensem smart pon , saya kuatkan hati syg bucukk . tiada siapa boleh buat saya senyum dengan hati yang sangat gembira melainkan MUHAMMAD FIRDAUS BIN HAMIDUN :: <3

kak zen ..

okay . assalammualaikom , kali ke 2 kome kak zen order kat aku lagi .. memang la rasa sronok .. aku wat special skit dari yang ari tu . JENG JENG JENG
.. CUN KAN :) ekekeke

birthday mak kak ila .

yiargggghhhhhhhhhhhh .. letih btol .. aku baru jke siap wat order untuk mrs NAZILA NEWZLAN .. die na aku wat cake birthday mak die .. siap jgak . bole la anta malam karang .. photo ::
cake : coklat moist .. 9 inchi .. 45.00