i promise i will be your sweet moments in life , i will never know others men except you .. N.A.S

Wednesday 9 April 2014

kek pisang gebusss ,

salam ,
semalam ada try wat kek pisang dari blog cikgu suraya . omg gebusss . tapi mai cek na habaq khasiat pisang .
pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/12/khasiat-pisang-kelebihan-pisang.html#ixzz2yRfvoIxw


AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin Pengguna



hehehe .

bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
3 atau 4 biji pisang masak . i suggest guna pisang kecik kecik tu . (lenyekkan)
esen vanilla skit
1 cawan gula(blend)
2 biji telur gred a
1/2 cawan minyak jagung
(boleh campur choc chips or choc rice)
1 sudu kecil garam
sedikit susu pekat

cara :
 mula mula putarkan gula dgn telur tadi .
bila da putih masukkan esen vanilla dan pisang
putar sebati dan masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama
bila da sebati masukan minyak .
lepas tu boh la susu n garam .
then campo dgn choc chip
..
griskan loyang ,
bakar dalam 40mnit-1 jam api atas bawah 200 degree :)
selamat mencuba ..