i promise i will be your sweet moments in life , i will never know others men except you .. N.A.S

Monday 11 February 2013

langkawi oo hometown :)

okay :) i just arrived from langkawi-kuala perlis-sg petani-butterworth-ipoh ..
finally , sampai jugak ku di rumah , lega sangat ..
aku blik langkawi pon sebabb pak ngah baru je mninggal . al-fatihah
tapi , aku ni p mrayap plak , ta bole la mrayap macam slalu , dapat klua pon skjp skjp je ..jadi hari first smpai memang aku ngan cik sayang lapa sangat ..jadi , aku p la makan kat kuah , aku makan mee kari ngn laksa . sumpah ta best die masak ..
pastu , hari second ta klua sbab ade kenduri tahlil
so , pastu aku sok nye baru aku kua dengan kakak aku yang baru sampai dengan tunang die , kitorang pegi pantai chenang yang permai :)
kami ni asyik makan ja , takdak gheja laen dah .. hehe
hehe .

Monday 4 February 2013

PBS pengajian am tingkatan 6 atas ..

BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pencapaian perkhidmatan yang cemerlang dan selesa merupakan tonggak penting kepada pelanggan atau pengguna sewaktu menjamu selera di Medan Selera di Pasaraya Besar Mydin.Sekali gus,memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan adanya perkhidmatan yang baik.Perkhidmatan merupakan perkara yang sangat penting kepada pelanggan atau pengguna yang sentiasa menjadikan medan selera sebagai pilihan untuk menjamu selera setelah membeli belah. Perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan dan komitmen peniaga dalam menyempurnakan penyampaian produk dengan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya melebihi daripada tahap yang mereka harapkan, serta ianya diadakan secara berterusan dan konsisten .
Pelanggan atau lebih mudah dikenali sebagai pengguna lebih merasa senang makan di kawasan medan selera pasar raya kerana adanya perkhidmatan seperti ini :
a)Kawasan yang bersih dan ceria , dapat membuka selera pengguna dan membuatkan mereka merasa selesa untuk menikmati hidangan mereka dengan tenang .
b)Perkhidmatan mesra pelanggan , para peniaga Medan Selera sentiasa memaniskan muka di hadapan pelanggan untuk memastikan keberlangsungan pelanggan .
c)Kebersihan juga penting untuk menyediakan makanan yang bersih dan persekitaran kesihatan yang lebih terjamin . .
1.2 Isu
Isu-isu tentang masa kini yang dialami oleh para pelanggan yang menikmati hidangan di Medan Selera Pasar Raya adalah tahap kebersihan yang tidak memuaskan yang menerbitkan perasaan tidak selesa terhadap para pelanggan . Para peniaga juga tidak mengenakan kod etika pakaian penyedia makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia . Contohnya , para peniaga ini tidak mengenakan topi atau tudung sebagai penutup kepala , tidak memakai kasut yang bertutup , tidak memakai apron . Bukan itu sahaja , ada segelintir peniaga yang tidak mengendahkan kebersihan diri dengan membiarkan kuku yang panjang dan kotor serta tidak mencuci tangan selepas kembali dari tandas .
Para peniaga juga tidak melayan pelanggan dengan baik/mesra . Mereka tidak gemar senyum dan membuat muka masam . Kadangkala , ada peniaga yang bertutur secara kasar dengan pelanggan akibat keletihan . Hal ini menyebabkan para pelanggan tidak menggemari medan selera . Kerana segelintir peniaga yang bersifat sebegini ,para pelanggan sentiasa memandang medan selera adalah kawasan yang teruk untuk menjamu selera .
Isu terakhir yang saya perhatikan ialah harga yang tidak berpatutan dengan kualiti serta kuantiti makanan . Para peniaga hanya mahu mengaut keuntungan kerana tidak ramai yang ingin menikmati makanan di medan selera pasar raya .Contohnya , segelas air Milo Ais dikenakan hamper RM 3 di kawasan Medan Selera . Jika kita menikmati hidangan di warung , Milo Ais hanya boleh didapati dengan harga RM 1.80 .
1.3 Latar belakang kajian
Medan Selera Mydin RTC Gopeng mula beroperasi pada 15.12.2012 . Pembukaan RTC Gopeng dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak . RTC Gopeng akan memberi faedah kepada ribuan penduduk luar bandar dalam lingkungan 100km dari Gopeng kerana mereka tidak perlu lagi ke bandar-bandar utama untuk berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan atau untuk mencari peluang pekerjaan, menimba ilmu keusahawanan, mempercekap kemahiran dan meningkatkan pendapatan. RTC yang menggunakan slogan "Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan" menyediakan kemudahan di bawah satu bumbung untuk penduduk luar bandar. Ia menjadi pusat integrasi perkhidmatan meliputi sektor penting seperti perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, pusat pengumpulan dan pemprosesan, latihan dan kemahiran, klinik dan ruang niaga. RTC juga adalah untuk kegunaan keluarga kerana pelbagai khidmat dan kemudahan untuk keluarga luar bandar disediakan di situ. RTC Gopeng disasarkan menjadi perintis kepada RTC lain di seluruh negara — RTC Kota Baharu (Kelantan) yang sudah mula beroperasi, RTC Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nanas (Johor) yang bakal dibuka kemudian. Setiap RTC tidak menawarkan khidmat yang sama. Ia bergantung kepada lokasi dan kesesuaiannya.
1.4 Permasalahan kajian
Kajian ini dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pengkaji sendiri , yang pernah berhadapan dengan masalah yang disenaraikan . Para peniaga mempunyai banyak masalah yang harus dibawa ke meja pengurusan perkhidmatan pelanggan .
1.5 Batasan kajian
Kawasan yang dikaji oleh saya ialah sebuah pusat luar Bandar atau lebih dikenali sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar iaitu di bahagian Gopeng . Kawasan ini mempunyai bilangan penduduk lebih kurang 100 000 orang yang tinggal berhampiran kawasan ini untuk dijadikan bantuan kajian .
Antara contoh-contoh responden adalah:
a) Kaum atau masyarakat yang berbagai b) Peringkat umur yang umum c) Tidak mengira jantina d) Pengalaman makan di Medan Selera
1.6 Definisi atau konsep
Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Peniaga Medan Selera RTC Gopeng
1.6.1 Kepuasan Pelanggan
Banyak pakar yang mendefinisikan mengenai kepuasan pelanggan. Day (Tse dan Wilton, 1988) menyatakan bahawa kepuasan atau ketidakpuasan pelanggan adalah respon pelanggan terhadap penilaian ketidaksesuaian / diskonfirmasi yang dirasakan antara harapan sebelumnya (atau norma prestasi yang lain) dan prestasi sebenar dari produk yang dirasakan selepas pemakaiannya. Engel (1990) mendedahkan bahawa kepuasan pelanggan merupakan penilaian purnabeli di mana alternatif yang dipilih sekurang-kurangnya memberikan hasil yang sama atau melebihi harapan pelanggan, sedangkan ketidakpuasan timbul apabila hasil yang diperolehi tidak memenuhi harapan pelanggan. Sedangkan ahli pemasaran Kotler (1994) memberikan definisi bahawa kepuasan pelanggan adalah tingkatan perasaaan seseorang setelah membandingkan prestasi yang ia rasakan dengan harapannya.
1.6.2 Pelanggan
Pelanggan adalah orang-orang yang kegiatannya memberi dan menggunakan suatu produk,baik barang mahupun jasa,secara terus-menerus.Pelanggan atau pemakai suatu produk adalah orang-orang yang berhubungan secara langsung mahupun tidak berorganisasi dengan perusahaan-perusahaan bisnes.Ada pun pihak-pihak yang berhubungan dengan perusahaan bisnes sebelum tahap menghasilkan produk dinamakan pemasuk.Dilihat dari segi pembaikan kualiti,
1.6.3 Medan Selera
Merupakan kawasan untuk menjamu seleraa di dalam sebuah Pasar raya , Adanya Medan selera ini bertujuan memudahkan para pelanggan yang membeli belah di pasar raya tersebut . Medan selera merupakan deretan premis yang menyediakan perkhidmatan menjual dan menghidangkan makanan kepada pelanggan.
1.7 Kepentingan kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan peniaga Medan Selera Mydin RTC Gopeng .Tidak kira dari segi umur , bangsa dan kaum .
2.0 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk menilai mengenai isu tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan peniaga medan selera Mydin . memaparkan masalah yang berkaitan perkhidmatan di medan selera ini . Mengetahui perkhidmatan yang layak diperolehi pelanggan .
2.1 Kajian ini mempunyai beberapa tujuan yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
2.1.1) Tujuan am 2.1.2) Tujuan khas
2.1.1 Tujuan am
Menilai mengenai perkhidmatan di medan selera Mydin RTC Gopeng
2.1.2 Tujuan khas
a) Mengenalpasti persepsi pelanggan tentang tahap perkhidmatan peniaga medan selera Mydin RTC Gopeng
b) Menentukan tahap keberkesanan perkhidmatan yang diberi peniaga terhadap pelanggan
2.2 Soalan kajian
Kajian ini akan menjawab mengenai tahap perkhidmatan yang diberi peniaga medan selera Mydin RTC Gopeng ,soalan berikut akan dikemukakan kepada pelanggan atau pengguna yang datang mengunjungi medan selera tersebut.
a)Adakah anda berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga medan selera ini ?
b)Anda pernah menikmati hidangan di medan selera ini ?
3.0 Lokasi kajian
Lokasi kajian saya adalah di medan selera Mydin Agromall RTC Gopeng , Perak . Yang beralamat seperti berikut :
Kompleks Agribisnes Negara,, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, KM 16, Jalan Gopeng,, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia
Lokasi kajian ini dipilih kerana berdekatan dengan kediaman saya.Ini membolehkan atau memudahkan ketika kajian ingin dilakukan.Kedudukan bagi RTC Gopeng adalah di sebelah barat (kedudkan arah mata angin).Agromall Mydin RTC Gopeng beroperasi pada pukul 9 pagi hinggan 10.30 malam.Keluasan Mydin RTC Gopeng ialah 8 hektar .Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ada berhampiran dengan pusat beli-belah di Station 18 tersebut antaranya adalah:
1)Rural Transformation Centre (RTC) - Menyediakan perkhidmatan jabatan kerajaan di dalam bangunan pengurusan RTC -Menyediakan bekalan makanan mentah untuk dijual kepada rakyat di sekitar Gopeng – Simpang Pulai- Batu Gajah.
2)Pasaraya besar Mydin Muhammad -menjual semua jenis barangan yang diperlukan pelanggan dengan harga yang berpatutan . -menyediakan kawasan membeli-belah yang bersih dan selesa .
3)Kawasan halaman Agromall -menjual barangan hasil pribumi . -mempromosikan produk buatan Malaysia yang berkualiti dan mencapai tahap antarabangsa .
Lokasi kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan kajian ialah Taman Mesra Raia , Taman Seri Raia dan Kampung Tekah . Selain itu , pengguna yang tinggal di sekitar gopeng juga tidak jauh untuk mengunjungi kawasan ini kerana tempoh masa dari Gopeng ke RTC hanya mengambil masa 10 minit berbeza dengan pengguna di Simpang Pulai yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke RTC .

umno oh pkr

aku tak taw apesal aku gi berbalah dengan penyokong tegar PKR ..
tapi sumpah sakit hati sebab dia macam tak taw apeape , tapi still nak balas , die balas pon lebih kurang 30 mnit kmudian , maybe mkan mandi dulu kot .
tapi yang kurang hajar diorang ni , sebab pggl org yang sokong umno ni sebagai MACAI .
memang masalah yang dihadapi selangor sebab syabas da sebabkan penyokong PKR menuding jari kat Umno , tadi aku da bace sendiri pengakuan dari SYABAS punye web .
http://www.syabas.com.my/uploads/watercrisis2012/Booklet%20bm.pdf
.. macam macam . kenapa perlu berbalah hanya untuk menegakkan parti masingmasing .. stop it , kita tak dapat pape jika hanya bergaduh untuk menyuruh orang lain ikot cakap kite ,setiap org ade pemikiran tersendiri , kita tak taw hati orang , biarlah mereka kutu pm kita kalau itu yang membuatkan mereka merasa sangat puasa dan bahagia :)

Friday 1 February 2013

chocolate moist untuk dijual . hihi

hari ini saya jadi urusetia di jelajah anak malaysia anjuran umno bahagian gopeng . so jangan na cakap banyak , aku memang orang kuat kerajaan ..:)
aku buat la kek untuk julan
aku buat 2 , satu bekas besar satu kecil
kecil ni : RM 1.50
besar RM 5.00