i promise i will be your sweet moments in life , i will never know others men except you .. N.A.S

Wednesday 18 June 2014

5 month to go babeee

olla ola ola . musim bola baii . hihihi . okay . skarang aku ngan b tgh sesibok buat itu ini utk kawen . first kitorang da g jumpa tailor . aku amik sume dress je . satu baju kurung tuk nikah , alahaaiiii . pnin la . rasa ta tratur . na tgok ta style baju aku amik .. baju style bella swan kawen ngn edward tu . hummm , btol kata b , dia akan mnikahi org yg kuat pngaruh tv , hahaha . k laaa . nnti i tnjuk ye papa yg special

Wednesday 9 April 2014

kek pisang gebusss ,

salam ,
semalam ada try wat kek pisang dari blog cikgu suraya . omg gebusss . tapi mai cek na habaq khasiat pisang .
pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/12/khasiat-pisang-kelebihan-pisang.html#ixzz2yRfvoIxw


AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin Pengguna



hehehe .

bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
3 atau 4 biji pisang masak . i suggest guna pisang kecik kecik tu . (lenyekkan)
esen vanilla skit
1 cawan gula(blend)
2 biji telur gred a
1/2 cawan minyak jagung
(boleh campur choc chips or choc rice)
1 sudu kecil garam
sedikit susu pekat

cara :
 mula mula putarkan gula dgn telur tadi .
bila da putih masukkan esen vanilla dan pisang
putar sebati dan masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama
bila da sebati masukan minyak .
lepas tu boh la susu n garam .
then campo dgn choc chip
..
griskan loyang ,
bakar dalam 40mnit-1 jam api atas bawah 200 degree :)
selamat mencuba ..

Thursday 20 March 2014

MEMIKAT LELAKI ..

EWAHHH , n3 kali ni bunyi nye gatai bebeno . hihihi.
okay ye , aku just na share how to make you dream come true . hahaha
okay senang cerita , aku ni perempuan . and aku kurang la rasa malu . anything aku redah je . walaupon bila da buat sesuatu aku mula segan , tapi aku buat bodoh je .hahaha
okay , back to the topic .
masa mula korang dah sedari korag jatuh cinta pada seseorang(cewahhh) korang kenali dan cuba find out siapa dia . dan kita akan dapat beberapa type macam pemalu , peramah , langsi , kerek ,



 lelaki pemalu ,  jenis ni memang comel sangat (opcoz ler , coz tunang aku pmalu)
kamu inginkan dia ? jadi sebaliknya , jika dia pemalu kamu jadi kurang malu . sentiasa bercakap banyak dengan dia . buat dia runsing . then bila dia mula bercakap balik pada kamu walaupun ayatnya sekadar "boleh diam tak?" itu sudah menunjukkan keputusan peringkat awal yang positif . jika dia hanya senyum sahaja cuba lagi bertanya pelbagai soalan . kamu cuba untuk tempoh 2 minggu dahulu .
selepas dua minggu kamu cuba untuk diam sahaja apabila berjumpa dengannya , seperti kamu tidak pernah bercakap dengannya . hal ini akan menjadikan dia pelik , tapi ini ikut luck jugak . kalau tetibe die rasa hang sewel jangan marah aku taw . in case die rindu ataw minat juga pada kamu , die akan senyum senyum apabila berjumpa kamu , lebih baik jika dia bercakap sepatah dua kata , seperti "hari ni tak sihat ke ?" ataw "kenapa diam je ?" lelaki yang cool dia memang tak suka perempuan gedik(kalau gedik ngan dia takpe) elakkan dia memandang kamu seperti kamu seorang yang gedik , jadi lah kasar sikit . apabila benang da masuk jarum , cuba kamu minta no phone pula . dengan gaya dan wajah selamba je . cakap la nak nom phone . atau pun buat satu urusan yang bolehkan die terikat dengan kamu dan kamu perlu sentiasa menghubunginya .dan akhir sekali apabila sudah berkesempatan jumpa dia secara personal , kamu hanya perlu berterus terang dengan yakin pada diri(amboi shekinnnnn.) dan kekalkan pemikiran yang positif , kamu jangan malu atau takut untuk meluahkan perasaan . kerana kamu sudah begitu berani sehingga kamu sudah sampai ke peringkat ini , dan jika dia menyukai kamu jangan lupa ajak aku makan kenduri kalau ada jodoh . dan kalau dia menolak , kamu kembali pada takdir ALLAH , dia yang merancang , mungkin ada yang lebih baik .

Tuesday 18 March 2014

bekas hantaran untuk DISEWAA . MURAHHHH

holla .
ari ni nak bagi sewa bekas hantaran . AREA IPOH


BEKAS BULAT KERAWANG(PUTIH)
RM3.00/UNIT
TEMPOH SEWAAN 10 HARI
(ADA 6 PCS)

BEKAS PETAK TEMBAGA BERKAKI
RM 5.00/UNIT
ADA 6 PCS JUGAK
(YANG BEKAS LETAK KASUT TU OKAY ..

BAKUL BUJUR 
RM2.00/UNIT


SAYA BAGI BEKAS YANG KOSONG SAHAJA . AKTIVITI MENDEKO SENDIRI OKAY .. 
SEKIRANYA LEWAT ANDA AKAN DIKENAKAN CAJ SEBANYAK 50 SEN UNTUK SEHARI.
DEPOSIT SEBANYAK 30.00 DIKENAKAN PADA HARI PENYERAHAN SEWA DAN SAYA AKAN PULANGKAN 30.00 APABILA SERAH SEMULA

BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN 
0172878859(SHEKIN)

Monday 17 February 2014

pertunangan ASHEKIN DAN FIRDAUS.

holllaaaa , assalammualaikum , selamat petang anak anak .. heheh ..
arini tibe je rajin nak mengupdate blog yang bersawang ni hah .. 
dah 6 bulan tunang baru la aku terhegeh nak bersilat dalam blog ni . 
okay , ramai yang tanya berape bajet aku bertunang dulu .


bile tanya pasal bajet memang sedih ingat kat pak cik tun(tunang) aku .
sebab masa aku nak bertunang tu aku sekolah lagi tapi bapak lah , gatal gile kot aku na bertunang berkahwen n ber macam macam lagi lahh . masa plan nak tunang tu aku tengah tingkatan 6 atas kat brash .. 
Pastu aku cakap la , aku mana ada duit nak tunang , die kata takpe . kita bukan nak tunang grand pon , biasa biasa je , lepastu , aku pon edik gedik la cerita kat mak aku , mak aku kata okaylahh , lagi pon aku dengan dia rapat sangat dah . korang taw la tipikal orang kampung kan , suka dok ngata , tapi padanlah ngan kitorang ni pon semedang je berkepit , hihihi (pokok tak goyang kalau tak angin yang tiup) 

so , aku pon pergi la cari cincin merisik .. pastu masa merisik tu memang la takut kan .. nak tengok tak muka aku takut , dengan tudung senget benget nyaaa , BENCIIIIII ..


okaylahhh , bende dah lepas kan .. hahahah . mak aku pon satu aku da cakap merisik tak yah la beria , nanti tak jadi malu la aku ni . korang taw penoh satu rumah aku tu . mana datang entah orang ramai ramai , tapi mak aku la orang yang paling sayang aku kan dunia akhirat :) .. lepas tu kan masa ni pon kitorang sebok nak buat buah tangan la apa la .
 hahaha . so dua dua family pon dah deal untuk majlis tunang lagi 2 bulan , masa tu memang kesian sangat kat tunang aku taw , die dapat gaji je g beli barang hantaran , sampaikan barang hantaran sepatutnya aku bagi kat die pon die yang beli jugak , nasib la , sape suh nak tunang ngan budak sekolah kan , haahhaa . aku beli barang hantaran tunang saja pon masa tu dah 2000 , entah menatang apa yang aku beli . pastu kakak aku tanya pelamin nak amik kat mana , aku cakap TAK NAK , MAHAL . buang 2-300 untuk duduk sejam je . buat sendiri lagi bagus , so kakak aku la yang buat 
kan masa lpas je merisik aku pon dok buat checklist , aku tanya pak cik tun , nak bajet bape , die cakap aku nak pakai duit untuk apa , aku cakap la untuk doorgift , baju , ngan aksesori hantaran , pastu die kata nak bagi aku 200 untuk doorgift , photographer die bayar , baju mak aku buat lepastu makeup kaka sedara aku makeup , pelamin kaka aku yang buat , memang tenang betul , hihi . lepas tu mula lah operasi buat hantaran , aku buat hantaran lagi 3 hari aku nak tunang , aku buat goodies bag je yang lama , dekat sebulan untuk simple sangat goodies bag , aku tak banyak masa , sebab siang aku g kelas , balik pon pukul 5 , so pukul 7 aku da bertunggu tangga umah kaka sedara aku buat goodies bag , masa lagi 2 minggu aku nak tunang goodies bag aku kene hujan , HUARGGGGHHHH , memang rasa nak mengamuk , tapi kitorang kene buat balik dalam 100 bag , so masa lagi 3 hari nak tunang aku balik dari sekolah tengok ada sapu tangan dalam kotak 200 pcs , kaka sedara aku anta , masa tu puasa ke 28 . aku da takde excited nak raya , aku ngan tunang aku takde baju raya pon . masa lagi 2 hari nak bertunang aku buat agar agar merah tu aku letak dalam tupperware yang kecik tu , dapat la 200 , pastu packing coklat semua . soo , inilah hasil air tangan aku .. 

cantik takkk , heeee , lepastu hantaran kan , ini yang belah aku bagi kat lelaki ..
memang merahhh sesangatt , aku memang suka okayyy :)


ada lagi hantaran , tapi tak amik gamba lah . hurmm , lepastu cik b comel bagi kat aku ni hah 
combination of peach and white ..


jadi untuk barang hantaran , aku diy je , aku ada base ,ingat nanti nak bagi sewa kat orang la , tapi untuk yang sekitar ipoh je , deco barang hantaran pon ada la dalam 150 , murah murah je , orang mesikin kome oiiii . 

okay , so pelamin yang dah DIY oleh kakak ngan abg sdara aku ini lahhh .
jeng jeng jeng ..
yang dalam gamba tu smua tungkus lumus buat plamin .. 



haaa , ni lah kak effa , die yang make up aku taw . FREE OF CHARGE , kata sibling kan hahaa , korang pon kalau nak die makeup kan email je kat aku ek . 
so , masa aku nak g outdoor photoshoot aku freehair , sebab aku punya tudung da serabai , hahaha



ini lah shoot yang kitorang dapat ..
so layan gamba je lah , maleh aku nak tulis banyak banyak .
















cekidauttt , skarang tgh fenin na kawin bulan 10 pulak , hiiii , 
byeeeeeeee